Media & Events

Rebut geran RM1,000 usaha niaga internet

20 Nov 2013, Sinar Harian
JENGKA - Usahawan kecil di negeri ini diminta merebut geran RM1,000 yang disediakan di bawah Skim Bantuan Perniagaan Dalam Talian bagi memajukan perniagaan mereka menerusi penggunaan internet.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Multimedia dan Komunikasi Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, penggunaan internet secara efektif dapat membantu usahawan kecil meluaskan rangkaian perniagaan sehingga menembusi pasaran antarabangsa.

Menurutnya, kaedah konvensional dalam memasarkan sesuatu produk menyebabkan pasaran menjadi terhad berbanding secara dalam talian.

“Usahawan wanita di negeri ini juga dinasihati agar memanfaatkan geran skim Bantuan Perniagaan Dalam Talian yang disediakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Geran tersebut antara lain bagi membantu usahawan kecil membina laman web dalam mempromosi produk secara dalam talian.

“Mereka yang berhasrat mengembangkan perniagaan memerlukan mekanisme lebih interaktif untuk mempromosi produk ke pasaran lebih luas melalui kaedah ini,” katanya.
Share this article
Follow