Media & Events

Runtuh : Bukan menara telekomunikasi tetapi penebat petir

14 Jun 2013, Utusan Malaysia

PULAU PINANG 14 Jun - Menara yang runtuh akibat ribut dan menyebabkan dua orang maut di Jalan Macalister, Pulau Pinang semalam bukanlah sebuah menara telekomunikasi seperti yang dilaporkan oleh pihak media.

Atas tindakan segera, pegawai-pegawai dari Pejabat Wilayah Utara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah bergegas ke tempat kejadian.

Hasil tinjauan tersebut mendapati menara itu bukanlah struktur menara telekomunikasi tetapi sebuah 'lightning arrestor' (penebat petir) yang telah direkabentuk secara kosmetik bagi penampilan lebih sesuai.

"Memang sah struktur yang runtuh adalah bukan struktur telekomunikasi. Tapi ianya adalah 'lightning arrestor' dibina dalam bentuk kosmetik. Struktur pemegangnya juga telah runtuh menghempap jalan," kata Ketua Pejabat Wilayah Utara SKMM, Ahmad Nor Hisham Mohd Yusop dalam kenyataannya.


Share this article
Follow