Media & Events

SC terus sekat laman web pelaburan haram

10 Jul 2007, Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 10 Julai – Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini menyekat akses dua lagi laman web iaitu www.eaindex.com dan www.winlifund.com yang menawarkan skim pelaburan tidak sah kepada orang ramai. Menurut kenyataan yang dikeluarkan SC hari ini, setakat ini sepuluh laman web skim pelaburan tidak sah telah disekat. ‘‘Tindakan itu diambil bersama-sama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta CyberSecurity Malaysia. “Banyak lagi laman web akan disekat pada masa depan apabila SC meneruskan penyiasatannya,” kata kenyataan itu. Menurut kenyataan itu lagi, SC akan mengambil segala langkah bagi memerangi penipuan skim pelaburan termasuk tindakan penguatkuasaan terhadap pengusaha dan ejen laman web pelaburan yang tidak sah. Pihak SC juga akan mengambil tindakan terhadap laman web ‘pendua’ yang diwujudkan oleh pengendali skim berikutan sekatan akses laman web utama mereka, kata kenyataan itu. Sehubungan itu, menurut kenyataan tersebut, pihak SC meminta para pelabur yang terlibat dengan skim pelaburan melalui laman web ‘pendua’ agar mengeluarkan pelaburan mereka segera. Dalam kenyataan yang sama, SC juga memaklumkan pada 21 Jun lalu ia telah memperoleh injunksi antarabangsa mareva terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam skim pelaburan Internet Swisscash yang menghalang mereka daripada menjual harta dalam dan luar negara
Share this article
Follow