Media & Events

Siasatan Kes Mahasiswa ugut PM selesai dua minggu lagi

01 Feb 2012, Berita Harian
GEORGETOWN: Polis yakin dapat menyelesaikan siasatan kes seorang mahasiswa Universiti Sains Malaysia yang membuat ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam laman sosial Facebook dalam tempoh dua minggu lagi. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata setakat ini polis masih menunggu laporan penuh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebelum mengemukakan hasil siasatan kepada pendakwa raya. "Pelajar terbabit masih dalam jaminan polis. Kita tidak boleh mengambil sebarang tindakan terhadapnya sehingga pelajar itu dibuktikan bersalah oleh mahkamah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Share this article
Follow