Official Website of
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Malaysian Communications and Multimedia Commission
EN
MY
Search
Search:
EN
MY
Search:
Search
HOME
ABOUT US
HISTORY
VISION & MISSION
COMMISSION MEMBERS
OUR RESPONSIBILITY
OUR COMMITMENT
ANNUAL REPORTS
SECTOR
BROADBAND
MOBILE SERVICES
FIXED SERVICES
SATELLITE
BROADCASTING
POSTAL AND COURIER SERVICES
DIGITAL SIGNATURE
STRATEGIC TRADE
UNIVERSAL SERVICE PROVISION
LEGAL
LEGISLATION
INSTRUMENT
DISPUTE RESOLUTION
REGISTERS
MEDIA & EVENTS
PRESS RELEASES
PRESS CLIPPINGS
ANNOUNCEMENTS
PHOTO GALLERY
VIDEO GALLERY
ACADEMY
CAREER
CONTACT
HEADQUARTERS
STATE OFFICES
DIRECTORY
WEBSITE EXPERIENCE FEEDBACK
KnowledgeHub
Integrity
Did you know?
Make a complaint
Consumer
Licensee
Follow MCMC in Social Media
Media & Events
Home
Media & Events
Press Clippings
Sistem permohonan rebat telefon pintar SKMM lancar
Press Clippings
Media & Events
Sistem permohonan rebat telefon pintar SKMM lancar
07 Jan 2013, Berita Harian
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi jaminan sistem permohonan dalam talian pendaftaran rebat RM200 telefon pintar untuk golongan belia berjalan tanpa masalah.
Penasihat Strategik, Jabatan Komunikasi Korporat SKMM, Sheikh Raffie Abd Rahman, berkata laman web itu boleh dilayari pada tahap kelajuan memuaskan setiap masa, sejak Jumaat lalu.
"Malah, hari ini kelajuan laman web lebih bagus (dari sebelum ini)... Sistem kita berjaya menampung semua permohonan 'online' yang diterima," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sheikh Raffie juga menegaskan laman web itu tidak mungkin mengalami masalah kerana bagi tempoh malam semalam sehingga pagi ini, terdapat 12,000 permohonan baharu berjaya didaftarkan.
Sejak dibuka pada 1 Januari lalu, sebanyak 49,000 pendaftaran diluluskan SKMM setakat jam 11.30 pagi ini.
Pada masa sama beliau menasihatkan pemohon supaya teliti ketika menggunakan sistem itu yang mungkin menjadi faktor kepada kesukaran seperti didakwa sesetengah pihak.
"Mungkin ada kesilapan semasa menekan (papan kekunci)," katanya.
Sementara itu, seorang pekerja di stesen minyak, Muhammad Firdaus Ali, 25, berkata usahanya untu mendaftar pada Ahad lepas gagal, namun akan mencuba lagi selepas diberitahu laman web itu dapat diakses dengan mudah hari ini.
"Saya akan cuba untuk mendaftar sekali lagi sebaik sahaja pulang dari kerja supaya saya dan kawan boleh bersama-sama mendapatkan telefon pintar yang telah lama diimpikan pada harga lebih murah," katanya.
Pelajar Kolej Yayasan Melaka Syameer Kamal, 22, berkata beliau berjaya mengakses laman web itu namun langkah akhir untuk mendaftar permohonan mendapatkan rebat RM200 berkenaan tidak berjaya diproses.
"Saya cuba dari jam 11.15 pagi tadi lagi tetapi sehingga kini apabila saya klik untuk daftar tetapi permohonan tidak dapat diproses, saya perlu mencuba lagi.
"Saya agak kecewa ingatkan 'first time' masuk sudah berjaya, tetapi tidak berjaya," katanya yang meminta SKMM menaik taraf sistem itu.
Back
Print
Share this article
Public
Make a complaint
Online Content Problems
Special Consumer Issues
Procurement Notices
FAQs
MCMC Logo
Industry
Application For Licence
Registers
Spectrum
Communications Equipment
Certifying Agency
Trial, Experiment and Demonstration (TED)
Grants
E-Form
Resources
Publications
Industry
Statistics
Reports
Guidelines
Quick Links
E-Payment Portal
MyCOMMS
NUR Alert
Amateur Radio Operator Certification
Anti-competitive complaint form
Stay in Touch with MCMC
Subscribe our newsletter and get latest news and updates.
Email:
Follow