Media & Events

SKMM kaji bayar rebat

11 Mar 2013, Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 10 Mac - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mengkaji kemungkinan mengarahkan syarikat telekomunikasi (telko) membayar rebat kepada pengguna telefon mudah alih yang mengalami masalah dropped calls atau panggilan telefon bimbit tiba-tiba terputus.

Ketua Pegawai Pembangunan dan Perancangan SKMM, Datuk Mohd. Ali Hanafiah Mohd. Yunus berkata, pemberian rebat sebagai ganti rugi kepada pengguna itu merupakan perkara yang terkandung dalam proses kajian semula ke atas kandungan Kod Amalan Am Pengguna (GCC).

Kata beliau, kajian itu akan dilaksanakan SKMM bersama Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) untuk industri komunikasi dan multimedia.

''SKMM dan CFM sedang mengkaji semula GCC untuk industri komunikasi dan multimedia termasuklah mekanisme rebat,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Share this article
Follow