Media & Events

SKMM keluarkan saman RM920,000

13 Mar 2013, Kosmo

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan saman berjumlah RM920,000 kepada Celcom Axiata Bhd. (Celcom), Merchantrade Sdn. Bhd. (Merchantrade), U Mobile Sdn. Bhd., Tune Talk Sdn. Bhd., Maxis Mobile Services Sdn. Bhd. (Maxis Mobile) dan Maxis Broadband Sdn. Bhd. (Maxis Broadband) kerana melanggar syarat lesen mereka.

Menurut Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, ia berkaitan kerana kegagalan mereka memastikan maklumat tepat pengguna akaun prabayar telah didaftarkan dengan betul.

Celcom menerima saman terbanyak iaitu lapan dan kesemuanya berjumlah RM400,000. Merchantrade dikenakan tujuh saman berjumlah RM240,000 manakala U Mobile telah dikenakan empat saman berjumlah RM100,000.

Tiga saman dikeluarkan terhadap Maxis Mobile berjumlah RM150,000, manakala Maxis Broadband dan Tune Talk masing-masing dikenakan saman sebanyak RM10,000.



Share this article
Follow