Media & Events

SKMM pantau, sekat blog ada unsur fitnah

03 Mar 2013, Berita Harian
Butterworth: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau dan menyekat mana-mana blog yang didapati memuatkan kenyataan berunsur fitnah menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz, berkata kebanyakan blog yang disiasat SKMM kebanyakannya mempunyai agenda tersendiri dengan menulis kenyataan yang tidak betul dan cuba berbohong untuk menjatuhkan maruah seseorang.
“Oleh itu, sempena PRU-13, SKMM diminta memantau dan menyekat mana-mana blog yang cuba menjatuhkan seseorang dengan menulis perkara tidak benar dan mempunyai unsur fitnah, sama ada pada pihak pembangkang atau Barisan Nasional (BN). Kita mahu PRU-13 berjalan aman tanpa sebarang isu,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Kenali dan Mesra Jiran Peringkat Negeri Pulau Pinang di Rumah Pangsa Taman Bagan, di sini semalam. Hadir sama, Ketua UMNO Bagan, Datuk Abdul Latiff Mirasa; Penyelaras BN Bagan Dalam, M Karuppanan dan Penyelaras BN Parlimen Bagan, David Chua Teik Siang. 
Share this article
Follow