Media & Events

SKMM Unjur Kadar Penembusan Jalur Lebar Isi Rumah Meningkat Kpd 65 Peratus Tahun Ini

16 Apr 2012, Bernama
Kuala Lumpur -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengunjurkan kadar penembusan jalur lebar isi rumah akan meningkat daripada 62.9 peratus kepada 65 peratus tahun ini. Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata permintaan untuk Internet berkelajuan tinggi akan terus menjana pertumbuhan jalur lebar negara dalam perkhidmatan tetap dan mudah alih. "Meskipun pasaran jalur lebar negara hampir tepu, namun masih ada ruang untuk meningkatkannya, terutama berikutan peluasan jalur lebar berkelajuan tinggi Telekom Malaysia, Unifi, " katanya pada perbincangan mengenai spektrum telekomunikasi 2.3 gigahertz (Ghz) anjuran MIDF Research di sini Isnin. Sharil berkata ini akan menambah inisiatif yang sudah dilaksanakan, yang bermatlamat meningkatkan pertumbuhan penembusan jalur lebar seperti meluaskan liputan, menyediakan kemudahan yang mampu dimiliki, meningkatkan daya tarikan dan mewujudkan kesedaran mengenai jalur lebar dalam kalangan masyarakat. Beliau berkata pasaran jalur lebar dijangkakan berkembang kepada kadar penembusan 75 peratus sebelum mencecah paras tepu.
Share this article
Follow