Media & Events

Tawar perkhidmatan secara jujur

13 Dec 2012, Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 12 Dis. - Pelbagai pihak termasuk persatuan pengguna hari ini mendesak syarikat-syarikat telekomunikasi supaya menyelesaikan masalah dropped calls atau talian telefon mudah alih tiba-tiba terputus yang berlarutan sejak sekian lama walaupun pelbagai janji telah dibuat untuk mengatasinya.

Menurut mereka, syarikat telekomunikasi tempatan perlu merombak semula perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan telefon mudah alih dengan mengikut amalan sebenar yang menepati kehendak pelanggan.

Mereka mendakwa ada syarikat telekomunikasi yang tidak jujur dalam memberikan perkhidmatan meskipun terma dan syarat atau 'addendum' telah dibuat oleh pelanggan bersama pihak syarikat.

Perkara ini turut diakui pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM) yang menerima aduan daripada pelbagai pihak mengenai masalah talian terputus yang semakin teruk.



Share this article
Follow