Media & Events

Kandungan Palsu Operasi Ketenteraan Malaysia Di Yaman: Pemilik Akaun Facebook Disiasat

14 Mar 2017
KANDUNGAN PALSU OPERASI KETENTERAAN MALAYSIA DI YAMAN: PEMILIK AKAUN FACEBOOK DISIASAT
 
CYBERJAYA, 14 Mac 2017 --- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Negeri Sembilan dalam satu serbuan ke atas rumah seorang suspek di Lenggeng, Negeri Sembilan baru-baru ini, berhubung penyebaran kandungan palsu dalam laman Facebook yang mendakwa kononnya anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat dalam operasi ketenteraan dan peperangan di Yaman.
 
Siasatan awal yang dijalankan mendapati, suspek yang menggunakan akaun Facebook atas nama “Mohd Hanizam Bin Yunus” merupakan pentadbir kepada akaun berkenaan.
 
Siasatan dijalankan di bawah seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh didenda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
 
TAMAT    
Share this article
Follow