Media & Events

KENYATAAN MEDIA

14 Aug 2015
CYBERJAYA, 14 Ogos 2015 --- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan notis kepada portal berita Malaysiakini untuk menurunkan dua artikel yang bertajuk 'Report filed against Chief Sec, PSD Head' pada pukul 5:31 petang yang diterbitkan pada 13 Ogos dan 'Laporan terhadap KSN, Ketua Pengarah JPA' yang diterbitkan pada pukul 6:17 petang hari yang sama. MCMC mendapati, berita dalam kedua-dua artikel yang diterbitkan itu adalah tidak benar berdasarkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah pun menafikan wujudnya pegawai-pegawai SPRM membuat laporan terhadap Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mengikut peruntukan Seksyen 48 Akta SPRM 2009. Sehubungan itu, MCMC ingin mengingatkan portal-portal berita untuk lebih bertanggungjawab dan memastikan kesahihan sesuatu berita sebelum ia disiarkan. MCMC juga mengingatkan, sebarang perbuatan menghantar kandungan palsu melalui aplikasi laman sesawang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.
Share this article
Follow