Media & Events

Kenyataan Media MCMC Mengenai Laporan Ketirisan Data Pengguna

20 Oct 2017

Kenyataan Media:
 

CYBERJAYA
20 Oktober 2017


“MCMC bersama pihak PDRM sedang menyiasat laporan bahawa terdapat pengiklanan untuk menjual data pengguna yang disyaki diperolehi secara tidak sah.

Sebagai langkah pencegahan, pihak MCMC telah meminta pentadbir laman sesawang lowyat.net untuk menurunkan iklan penjualan tersebut. Pentadbir laman sesawang tersebut telah memberi kerja sama menurunkan iklan serta artikel yang berkaitan.

MCMC menggesa agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi sehingga pihak berkuasa melengkapkan siasatan.”
 

SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC)

Share this article
Follow