Media & Events

MCMC Keluarkan 15 Kompaun Kepada Enam Syarikat Telekomunikasi, Pembekal Perkhidmatan Dan MVNO

05 Apr 2016

MCMC KELUARKAN 15 KOMPAUN KEPADA ENAM SYARIKAT TELEKOMUNIKASI, PEMBEKAL PERKHIDMATAN DAN MVNO

CYBERJAYA, 4 April 2016 --- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) baru-baru ini telah mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat telekomunikasi, pembekal perkhidmatan dan rangkaian maya mudah alih (MVNO) kerana kesalahan ketidakpatuhan Standard Mandatori bagi kualiti  perkhidmatan dan pendaftaran palsu kad sim prabayar.

Sebanyak 15 kompaun berjumlah RM510,000 telah dikeluarkan oleh MCMC kepada enam syarikat telekomunikasi, sebuah syarikat pembekal perkhidmatan dan sebuah MVNO, setakat suku pertama 2016 yang lalu.

Bagi kesalahan ketidakpatuhan Standard Mandatori bagi kualiti perkhidmatan, dua kompaun telah dikeluarkan kepada Asian Broadcasting Network Sdn  Bhd (ABN) berjumlah RM20,000 (setiap kompaun bernilai RM10,000) manakala satu kompaun masing-masing berjumlah RM10,000 kepada TT dotcom Sdn Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Net2One Sdn Bhd dan Celcom Axiata Berhad.

Manakala, bagi kes pendaftaran palsu kad sim prabayar pula, empat kompaun telah dikeluarkan kepada Digi Telecommunications Sdn Bhd berjumlah RM200,000; dua kompaun berjumlah RM100,000 kepada Tune Talk Sdn Bhd; dua kompaun berjumlah RM100,000 kepada Merchantrade Asia Sdn Bhd dan satu kompaun berjumlah RM50,000 kepada XOX Com Sdn Bhd (setiap kompaun bernilai RM50,000).
 
TAMAT

Share this article
Follow