Media & Events

MCMC Mengambil Serius Penyalahgunaan Identiti

23 Jul 2019
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memulakan siasatan terhadap insiden membabitkan penyalahgunaan nama Perdana Menteri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab melalui e-mel dan laman sesawang bagi mendapatkan sokongan peribadi beliau serta mempromosikan perniagaan Bitcoin.
 
Siasatan MCMC akan dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengenal pasti dalang dan sumber yang mengeluarkan e-mel menggunakan nama Perdana Menteri.
 
Kewujudan dan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang palsu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000.00 atau penjara satu (1) tahun atau kedua-duanya.
 
MCMC mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan taktik penipuan yang dilakukan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab. MCMC turut meminta orang ramai tampil membuat aduan sekiranya terdapat sebarang maklumat berhubung isu ini bagi membolehkan tindakan susulan diambil.
Share this article
Follow