Media & Events

MCMC Nafi Keluarkan Surat Kelulusan Projek Menara Telekomunikasi Di Sabah

13 Aug 2019
MCMC NAFI KELUARKAN SURAT KELULUSAN PROJEK MENARA TELEKOMUNIKASI DI SABAH  

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan ada mengeluarkan surat kelulusan bagi projek membina dan menyiapkan 25 struktur Menara Telekomunikasi dan kerja-kerja berkaitan di Semporna, Sabah.  

MCMC tegas bahawa penyebaran surat yang menggunakan nama Pengarah Wilayah Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan itu adalah palsu dan tidak ada kena-mengena dengan surat berkenaan.   

Satu laporan polis telahpun dibuat pada hari ini agar individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan surat palsu ini diambil tindakan sewajarnya.  

Pada masa yang sama, orang ramai diminta berwaspada terhadap penipuan menggunakan surat rasmi MCMC dan tanda tangan pegawainya bagi menawarkan projek kepada mana-mana pihak. 

PDF
Share this article
Follow