Media & Events

​MCMC Bersama Polis Sedang Teliti Video Palsu ‘Warga Asing Diberi Kad Pengenalan’

01 Feb 2018
Video palsu warga asing diberi kad pengenalan mula tular kembali di media sosial dan kini dalam siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).   

Ketua Pegawai Operasi MCMC, Dato' Dr. Mazlan Ismail memaklumkan, MCMC telah menerima aduan mengenai penyebaran video tersebut dan siasatan sedang dijalankan untuk mengenalpasti individu-individu yang menyebarkannya dengan bantuan pihak PDRM.  

Menurutnya, MCMC memandang serius perkara ini dan mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada. Adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi seseorang untuk membuat dan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.   

Dalam pada itu, MCMC ingin mengingatkan orang ramai agar tidak berkongsi, menyebar, memuat naik, mahupun mempercayai sebarang bentuk kandungan yang belum ditentukan kesahihannya.  
 
Share this article
Follow