Mengenai Kami

YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan

 
 

YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan telah dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 7 Julai 2020 bagi tempoh selama dua (2) tahun.

YBhg. Datuk Zainal Abidin memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Sains (Pembangunan Kemanusiaan) dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM). Beliau juga memegang Diploma dalam Pentadbiran Awam dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Awam dari Universiti New Haven, Amerika Syarikat pada 1994.
 
Beliau mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam. Beliau telah memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik  di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 1988. Sebelum pelantikannya sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Zainal Abidin pernah berkhidmat di beberapa agensi Kerajaan seperti Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Biro Tatanegara (BTN), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Pejabat Perdana Menteri. 
 
YBhg. Datuk Zainal Abidin kini merupakan ahli Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). Beliau juga berkhidmat sebagai ahli Lembaga Universiti Malaysia Terengganu (UMT) (2007-2013), Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PPTK) (2016–2018), Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) dan Perbadanan Stadium Malaysia (2017-2019).
 
Pada 1 Februari 2017, beliau dianugerahkan dengan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V, yang membawa gelaran ‘Datuk’.
 

 
Follow