Mengenai Kami

YBhg. Tan Sri Datuk Dr. Abdul Samad Haji Alias

 
 

YBhg. Tan Sri Datuk Dr. Abdul Samad Haji Alias telah dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 7 Julai 2020 bagi tempoh selama dua (2) tahun.

Beliau merupakan pengasas Board of the Financial Institutions Directors’ Education (FIDE) Forum dan berkhidmat sebagai Pengerusi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).
 
Seorang felo di Institute of Chartered Accountants di Australia, YBhg. Tan Sri Abdul Samad mempunyai pengalaman meluas dalam perkhidmatan penasihat perniagaan dan audit. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Rakan Pengurusan Negara Arthur Andersen pada 1991 dan bersara pada 1999. Beliau juga pernah menjadi ahli di Lembaga Standard Perakaunan Malaysia (MASB) dan Yayasan Pelaporan Kewangan (FRF). YBhg Tan Sri Abdul Samad adalah rakyat Malaysia pertama dipilih ke dalam International Federation of Accountants (IFAC) yang terdiri daripada 22 anggota.
  
Pada tahun 2006, YBhg. Tan Sri Abdul Samad menerima pengiktirafan antarabangsa apabila dianugerahkan the Association of Chartered Certified Accountants’ Award atas sumbangan beliau kepada industri tersebut di Asia.
 
 
Follow