Mengenai Kami

YBrs. Mr. Chew Liong Kim

 
 

YBrs. Encik Chew Liong Kim telah dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 7 Julai 2020 bagi tempoh selama dua (2) tahun.

Beliau menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam Perdagangan dari Universiti Auckland, New Zealand.
 
Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang perakaunan dan perundingan pengurusan serta merupakan rakan kongsi seluruh dunia Arthur Andersen (AA) dari 1990 sehingga 2002. Beliau pernah berkhidmat sebagai rakan kongsi pengurusan untuk amalan rundingan perniagaan milik AA di Asia Pasifik dari 1992 sehingga 1998 serta merupakan ahli Jawatankuasa Pencalonan Lembaga Seluruh Dunia Andersen dari 1997 sehingga 1998.
 
Encik Chew adalah pengasas bersama HRM Business Consulting Sdn Bhd. Beliau berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Eksekutif Dataprep Holdings Berhad, Pengarah Urusan Maybank Investment Bank Berhad dalam Bahagian Penasihat Strategik dan Pengarah Urusan Bina Fikir Sdn Bhd. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai ahli Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dari 2013 sehingga 2015, Pengerusi Jawatankuasa Audit serta ahli Jawatankuasa Imbuhan.
 
Encik Chew kini menjawat jawatan Pengerusi Eksekutif CLK Advisors dan Penasihat Kanan di Roland Berger Strategy Consultants, Asia Tenggara. Beliau juga adalah seorang Pengarah Bukan Eksekutif Bebas di Zico Holdings Inc, iaitu sebuah penyedia perkhidmatan professional bersepadu yang memberi fokus kepada rantau ASEAN. Beliau turut menjadi Pengerusi untuk Jawatankuasa Imbuhan serta ahli Jawatankuasa Risiko dan Audit.
 
Beliau merupakan Felo Akauntan Berkanun Australia dan New Zealand serta merupakan ahli Institut Akauntan Malaysia dan Institut Pentadbiran dan Setiausaha Berkanun Malaysia.
 
Follow