Mengenai Kami

YBrs. Prof Dr Tharek Abd Rahman

 
 

YBrs. Prof. Dr. Tharek Abd Rahman telah dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 7 Julai 2020 bagi tempoh selama dua (2) tahun.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Strathclyde, United Kingdom; Ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan Komunikasi dari UMIST, Manchester, United Kingdom; dan Doktor Falsafah dalam Komunikasi Mudah Alih dari Universiti Bristol, United Kingdom.
 
Prof. Dr. Tharek kini berkhidmat di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau menjalankan penyelidikan berkaitan komunikasi mudah alih, antena, dan rambatan. Sebelum ini, beliau telah menjalankan pelbagai kursus pendek mengenai komunikasi satelit dan mudah alih untuk industri telekomunikasi serta agensi-agensi kerajaan. Prof. Dr. Tharek telah menerbitkan lebih 300 kertas saintifik dan jurnal yang mana idea beliau telah mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau juga seorang ahli yang aktif dalam beberapa entiti penyelidikan akademik dan telah dilantik sebagai Felo Akademi Sains Malaysia.

Prof Dr. Tharek memainkan peranan penting dalam membangunkan inisiatif 5G di Malaysia. Beliau menghubungkan dunia akademik dan industri, membentuk kerjasama dan perkongsian yang efektif. Ini termasuklah sesi libat urus dengan Forum Promosi Komunikasi Mudah Alih 5G Jepun (5G MF) dan Forum 5G Korea yang mempromosikan pemindahan pengetahuan serta kerjasama dalam pembangunan dan penyelidikan 5G.
 
 

 
Follow