National Digital ID

Alamat Email Digital dan ID Digital

Apakah perbezaan antara Alamat Email Digital dan ID Digital?
  • MyEmail telah diumumkan oleh pentadbiran kerajaan terdahulu sebagai satu saluran komunikasi digital antara kerajaan dan pengguna bagi mempertingkatkan capaian dan penghantaran perkhidmatan dan urusan kerajaan. Dalam skim ini, setiap rakyat Malaysia akan diberikan akaun e-mel unik untuk menerima penyata, bil dan notis daripada kerajaan.
  • Rakyat Malaysia akan mendapat akses kepada saluran komunikasi terjamin kepada e-perkhidmatan kerajaan di peranti yang disambungkan kepada Internet dengan satu ID log masuk pengguna.
  • Secara ringkasnya, projek MyEmail adalah projek peti surat digital oleh Kerajaan kepada pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan tersebut, sama ada mereka merupakan individu ataupun entiti perniagaan.
  • Namun, projek berkenaan tidak menjadi dan ianya tiada lagi dalam perkhidmatan.
Sebaliknya ,
  • ID Digital adalah perwakilan unik identiti seseorang yang digunakan untuk membolehkan akses kepada perkhidmatan digital dalam talian. ID Digital membolehkan identiti seseorang disahkan dalam talian untuk mencapai perkhidmatan dalam talian dan menjalankan transaksi secara selamat dan sulit. Skim peti surat digital boleh dijadikan contoh penggunaan ID Digital.
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow