National Digital ID

Digital ID Kebangsaan

Identiti Digital memainkan peranan penting sebagai pemangkin Ekonomi Digital melangkaui semua sektor, serta menyatukan perkhidmatan dan inovasi digital baharu demi kepentingan negara. Peningkatan jumlah perkhidmatan digital dalam Revolusi Industri Keempat (Industry 4.0) memerlukan identiti digital bagi pengalaman pengguna yang selamat dan mudah.

Pengguna perlu memberikan maklumat peribadi berulang-ulang kali ke pelbagai platform platform, dan lebih banyak maklumat dikongsi, lebih tinggi risikonya. Mereka juga perlu mengingati banyak nama pengguna dan kata laluan untuk mengawal maklumat pengenalan mereka untuk menjalankan pelbagai transaksi dalam talian.

Satu sistem pengesahan multimodal yang teguh, ditambah dengan rangkaian yang selamat dan boleh dipercayai diperlukan dalam sistem pengurusan identiti digital bagi memastikan pengguna boleh mengesahkan identiti mereka dengan privasi dan keselamatan yang terjamin. Ini akan menangani masalah berkaitan dengan kecurian dan penipuan identiti, yang merupakan kebimbangan utama dalam sektor awam dan swasta.

Ini menjadikan identiti digital satu prasyarat penting untuk mengakses perkhidmatan-perkhidmatan kritikal dan mengambil bahagian dalam sistem ekonomi, sosial dan politik moden.
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow