National Digital ID

ID Digital dan MyKad


Apakah perbezaan di antara ID Digital dan MyKad?
 
  • ID Digital merupakan pewakilan identiti seseorang dalam talian, manakala MyKad merupakan identiti kebangsaan rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk rakyat Malaysia dalam bentuk fizikal.
  • ID Digital tidak akan menggantikan fungsi-fungsi sedia ada MyKad dan MyKid, dan penggunaan ID Digital adalah secara sukarela.
  • ID Digital akan menjadi identiti dalam talian yang dipercayai yang membolehkan pelbagai transaksi dalam talian secara selamat dan peribadi pada bila-bila masa, di mana sahaja dan menggunakan sebarang peranti elektronik.
  • MyKad adalah pengenalan kebangsaan yang mengesahkan jika seseorang itu adalah warganegara Malaysia, sementara ID Digital adalah identiti yang telah disahkan dan menggalakkan kepercayaan terhadap perkhidmatan dalam talian, dan seterusnya menghapuskan unsur-unsur pemalsuan dan penipuan.
  • Dengan pengeluaran ID Digital untuk rakyat Malaysia, MyKad boleh dimanfaatkan sebagai 'sumber kebenaran' untuk pengesahan identiti seseorang kerana ia mempunyai maklumat sebenar seseorang.
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow