Grants

Digital Society Research Grant 2020: Panggilan Kertas Cadangan

Panggilan Kertas Cadangan [DITUTUP]

Sila ambil maklum bahawa panggilan kertas cadangan telah ditutup pada 11 November 2020

 
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mempelawa para ahli akademik dan penyelidik di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh negara untuk menjalankan kajian berkaitan Masyarakat Digital di bawah skim ‘Digital Society Research Grant’.

Skim ini dibuka bermula 3 Julai 2020 untuk sepanjang tahun dan tertakluk kepada peruntukan yang tersedia dan keperluan kajian. Skim ini diwujudkan bertujuan untuk menyediakan landasan saintifik untuk mempromosi dan meningkatkan kefahaman sosial dan kemanusiaan dalam menyumbang terhadap penggunaan teknologi dan perkhidmatan digital. Pendekatan ini adalah selaras dengan kemajuan yang dicapai dalam infrastruktur perkhidmatan dan komunikasi negara yang membolehkan penyertaan semua segmen masyarakat dalam merealisasikan masyarakat terhubung dan bermaklumat.

Untuk tujuan tersebut, adalah dicadangkan supaya para penyelidik menyediakan kertas cadangan penyelidikan mengikut bidang tumpuan berikut:
Untuk pertanyaan, sila hubungi Sekretariat: Atiqah Nabilah Mohd Salleh 03-8688 7854, Dayang Aidah Awang Piut (03-8688 8064) atau Norizan Ab Rahman (03-8688 8354); atau melalui emel ke research.enterprise@mcmc.gov.my.
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow