Kebebasan Bersuara, Bukan Kebebasan Berbohong

"Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong"
“Freedom of Speech but not freedom to lie”

 

Pengenalan

Hak kebebasan bersuara adalah hak kita sebagai rakyat Malaysia.
Bagi menjaga keharmonian negara, gunakan hak anda dengan lebih bertangungjawab.
 

5 Garis Panduan Dalam Menggunakan Hak Kebebasan Bersuara

Card image cap
1. BERINGAT BILA BERCAKAP

Berwaspada dalam pertuturan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Card image cap
2. BERCAKAP BENAR

Anda bebas meluahkan pandangan asalkan ia tidak berdasarkan fitnah atau maklumat yang tidak benar.

Card image cap
3. BIJAK MENILAI

Fikir dahulu sebelum berkata-kata agar tiada penyesalan di kemudian hari.
 

Card image cap
4. LUAHKAN PENDAPAT BERDASARKAN FAKTA

Sahkan fakta sebelum berkongsi, bagi mengelakkan penyebaran sesuatu yang tidak benar.

Card image cap
5. BERI PANDANGAN TANPA MENYEBARKAN KEBENCIAN

Elakkan pertuturan kebencian dalam apa jua keadaan walaupun tidak bersetuju dengan sesuatu pendapat.

Netiquette - Garis Panduan Ketika Melayari Internet

Card image cap
1. TIPS BERKOMUNIKASI DI INTERNET

Penerapan nilai murni melahirkan masyarakat yang saling hormat menghormati.

Sentiasa amalkan kesejahteraan siber sebagai amalan gaya hidup seharian.

Card image cap
2. BERADAB KETIKA BERKOMUNIKASI DI INTERNET

Jaga etika dan bahasa ketika berkomunikasi di internet.

Bersama kita menggalas tanggungjawab dalam mencipta persekitaran siber yang positif dan harmoni.

Card image cap
3. GUNA MEDIA SOSIAL SECARA POSITIF

Gunakan media sosial secara positif dan beretika.

Penerapan nilai murni, sikap bertoleransi dan bertanggungjawab perlu sentiasa dipupuk dalam mewujudkan sebuah masyarakat makmur dan sejahtera.

Card image cap
4. AMALKAN RUKUN NEGARA

Jadilah pengguna internet yang bijak.

Jom amalkan Rukun Negara ketika berinteraksi di media sosial demi mengekalkan kesejahteraan dan perpaduan negara.

Card image cap
5. ETIKA KETIKA MELAYARI INTERNET

Amalkan etika dan adab sopan ketika berinteraksi kerana penggunaan laman sosial yang baik adalah tanggungjawab bersama!
 

Card image cap
6. SIRI NETIQUETTE

Jom amalkan siri netiquette ketika berkomunikasi di media sosial.

Amalan kawal selia kendiri yang tinggi dapat membentuk personaliti dan pembangunan jati diri individu yang hebat.

 

Anda boleh menentusahkan kesahihan berita palsu di:

Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow