Perlindungan pengguna ialah satu ciri penting dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di mana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) komited untuk memastikan pengguna menikmati pilihan dan tahap perkhidmatan pada harga mampu, mendapat manfaat melalui peruntukkan perkhidmatan dan pengendalian aduan yang berkesan.
Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengeluarkan garis panduan mengenai Pengurusan Aduan, berdasarkan kepada seksyen 195 dan 196 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Garis panduan ini menetapkan prinsip dan prosedur untuk pembuatan, penerimaan, pengendalian dan resolusi aduan dalam pengendalian hubungan atau operasi pemilik lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pengguna dinasihatkan untuk merujuk kepada garis panduan apabila membuat aduan ke atas pembekal perkhidmatan industri komunikasi dan pos.
Sila klik pautan di bawah untuk maklumat lebih lanjut:
Garis Panduan untuk uidelines for Pengendalian Aduan
Muat Turun
Kandungan Berkaitan