Bagaimana untuk membuat aduan anda

Biro Aduan

Sebagai pengawal selia untuk industri komunikasi dan multimedia yang bercantum, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengawal dan menggalakkan industri komunikasi dan multimedia yang merangkumi telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, pos dan perkhidmatan kurier serta pensijilan digital.

MCMC memainkan peranan dengan memastikan pengguna menikmati tahap pilihan dan perkhidmatan yang memuaskan pada harga yang berpatutan, dimana faedah pengguna melalui penyediaan perkhidmatan dan aduan perlu ditangani dengan adil dan efisien, di samping memantau dan memudahkan penyelesaian aduan yang diterima daripada pengguna, selaras dengan peruntukan seksyen 195 dan 196 Akta Komunikasi dan Multimedia .

Selaras dengan perkara di atas, MCMC telah menubuhkan “ Biro Aduan SKMM” untuk menerima dan mengendalikan aduan berkaitan perkhidmatan komunikasi dan multimedia. Dengan penubuhan biro ini, MCMC menyasarkan untuk mengukuhkan pemantauan aduan dan fungsi pengurusannya.

 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow