MCMC PRIME

Ciri-ciri

Kandungan Berkaitan
Komponen sistem komunikasi PRIME.
  • Kenderaan MCMC PRIME dilengkapi dengan antena satelit, dron, radio mudah alih, antena selular 4G dan 5G (booster), serta antena radio HF, UHF dan VHF bermotor yang boleh diaktifkan sejurus tiba di lokasi kejadian.
  • Bahagian dalam kenderaan ini telah diubah suai untuk membolehkan gateway, modem dan router dikendalikan secara berpusat oleh pengendali. Ia turut dilengkapi dengan tiga (3) unit bateri berkapasiti tinggi yang membolehkan operasi berterusan selama 8 hingga 10 jam tanpa bekalan kuasa luaran.

Kebolehan penggabungan lebar jalur (bandwidth bonding) daripada satelit dan selular untuk capaian Internet berkelajuan tinggi.
  • Teknologi penggabungan lebar jalur (bandwidth bonding) membolehkan integrasi antara sambungan satelit dan rangkaian selular daripada penyedia-penyedia perkhidmatan utama di Malaysia. Sebelum penggabungan, sambungan Internet yang bergantung kepada satu sumber seperti satelit atau rangkaian selular sahaja mempunyai kelajuan dan kestabilan yang terhad.
  • Melalui teknologi bandwidth bonding, semua sambungan yang tersedia digabungkan untuk menghasilkan kelajuan Internet yang lebih tinggi, prestasi yang lebih baik dan pengalaman penggunaan yang lebih stabil di lapangan. Sistem ini turut dilengkapi dengan keupayaan untuk beralih secara automatik kepada rangkaian paling stabil sekiranya berlaku gangguan dan ini memastikan ketersambungan Internet berterusan. Keupayaan ini amat penting bagi menyokong kelangsungan operasi, terutamanya dalam situasi kecemasan atau di kawasan terpencil.
  • Bagi membolehkan pasukan di lapangan berkongsi capaian Internet yang terhasil daripada teknologi bandwidth bonding, sistem ini disokong oleh dua unit titik capaian Wi-Fi (Wi-Fi access point) yang digabungkan menjadi ke semua arah (omnidirectional), dengan sokongan tiga jalur frekuensi (tri-band) dan liputan sehingga 150 meter radius sekeliling MCMC PRIME.
  • Menguatkan isyarat rangkaian selular yang diterima di kawasan liputan lemah menggunakan teknologi cellular booster.
 
Memanjangkan liputan Wi-Fi dengan menggunakan dron dan teknologi Wi-Fi jejaring (mesh Wi-Fi).
  • MCMC PRIME turut dipertingkatkan dengan teknologi dron berkeupayaan tinggi yang membolehkan liputan rangkaian Wi-Fi dipanjangkan di lokasi sehingga 5 kilometer dari kenderaan utama ke kawasan sekitar unit manpack di lapangan.
  • Apabila dron diterbangkan, ia berfungsi sebagai nod jaringan mesh Wi-Fi tanpa wayar antara kenderaan MCMC PRIME dan unit manpack, membolehkan sambungan Internet dikekalkan walaupun di kawasan dengan muka bumi yang mencabar.
  • Unit manpack ini mempunyai radius liputan sekitar 50 meter. Melalui teknologi ini, komunikasi suara, penghantaran data dan penstriman video dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan berkesan, seterusnya memperkukuh keupayaan operasi di lapangan dalam pelbagai situasi.
  • Penggunaan komunikasi radio bergerak pelbagai jalur (High Frequency (HF), Very High Frequency (VHF), Ultra High Frequency (UHF)) menggunakan platform radio amatur, radio persendirian dan radio trunk di lokasi yang langsung tiada liputan atau semasa rangkaian terestrial terjejas.
  • Dikuasakan oleh bateri berkapasiti tinggi dan bekalan kuasa utama.
Kongsi artikel ini
Follow