MCMC PRIME

Pengenalan

Kandungan Berkaitan
Banner


Latar Belakang

Apabila bencana melanda, keterbatasan saluran komunikasi menjadi antara halangan terbesar. Akses ke kawasan terjejas mungkin terhalang, bekalan elektrik tergendala, manakala talian telefon dan liputan internet hilang sekelip mata. Dalam keadaan genting ini, pasukan penyelamat berdepan kesukaran untuk berhubung, menyelaras bantuan dan menyampaikan maklumat tepat pada masanya, sekali gus meningkatkan risiko kelewatan misi menyelamat. Menyedari betapa pentingnya komunikasi dalam detik kritikal sebegini, lahirlah MCMC PRIME – Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak.

MCMC PRIME dibangunkan sebagai sistem komunikasi mudah alih yang menggabungkan pelbagai teknologi seperti satelit, selular, radio mudah alih, Wi-Fi hinggalah ke dron untuk memastikan ketersambungan tidak pernah terhenti. Ia direka bagi menyokong operasi kecemasan dan bencana, walaupun di kawasan terpencil atau terjejas liputannya. Dengan slogan “Ketersambungan Tanpa Batasan”, MCMC PRIME juga berperanan untuk memastikan komunikasi kritikal dapat dicapai pada bila-bila masa dan dalam apa jua keadaan.

MCMC PRIME membawa misi jelas iaitu bagi memperkukuh kesiapsiagaan MCMC agar mampu bertindak pantas dan berkesan sewaktu krisis. Ia menyediakan saluran komunikasi yang boleh dipercayai dan fleksibel, menyesuaikan diri mengikut keperluan serta cabaran di lokasi operasi. Pada masa yang sama, MCMC PRIME juga dimanfaatkan untuk program jangkauan komuniti, agar manfaatnya dirasai bukan sahaja dalam keadaan darurat, tetapi juga dalam usaha membina hubungan erat bersama masyarakat.
Kongsi artikel ini
Follow