Cashless Society Fasa 4 di NADI PPR Kerinchi

Sebagai usaha berterusan memperkasa agenda pendigitalan negara, MCMC melalui Sektor Pembangunan Industri (IDS) dan Bahagian Masyarakat dan Keterangkuman Masa Depan (CFID) telah meneruskan Inisiatif Cashless Society Fasa 4 di lokasi keenam Wilayah Persekutuan, iaitu di NADI PPR Kerinchi pada 9 Jun 2026.

Program ini meningkatkan kesedaran komuniti mengenai keselamatan internet dan transaksi digital yang selamat selaras dengan Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) 2025. Turut memeriahkan program ialah lapan reruai pameran daripada rakan strategik seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Bank Simpanan Nasional (BSN), ToyyibPay, CelcomDigi, Bank Islam, Maybank, Setel dan TM Unifi.

Pengunjung turut mengikuti sesi Pocket Talk Kempen Internet Selamat (KIS) yang memberi pendedahan mengenai ancaman scam, perlindungan data peribadi dan amalan transaksi digital yang selamat.

Pelbagai aktiviti komuniti seperti saringan kesihatan, pertandingan tradisional, Jualan Rahmah MADANI dan cabutan bertuah turut diadakan, menjadikan program ini platform yang menghubungkan teknologi, literasi digital dan kesejahteraan komuniti.
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow