MCMC melalui Pejabat Wilayah Persekutuan (WPSO) telah menyertai Program Iris "Literasi Perundangan dan Hak Wanita" anjuran Jabatan Pembangunan Wanita (JWP).
Reruai MCMC mendapat sambutan menggalakkan apabila seramai 250 pengunjung hadir bagi mendapatkan maklumat serta menyertai pelbagai aktiviti interaktif yang disediakan. Antara aktiviti utama ialah pendaftaran Ikon Wira Internet Selamat dan Kuiz Kempen Internet Selamat.
Selain itu, peserta diberi pendedahan melalui Taklimat Internet Selamat oleh MCMC bagi membantu masyarakat memahami taktik penipuan siber terkini dan langkah penting untuk melindungi diri ketika berada di ruang siber.
Penyertaan ini menjadi platform penting bagi MCMC menyampaikan mesej keselamatan Internet kepada warga perkhidmatan awam, sekali gus menyokong usaha membentuk komuniti digital yang celik teknologi, beretika dan bertanggungjawab di alam siber.
Kandungan Berkaitan