Kunjungan Hormat Pengerusi MCMC ke Pejabat Menteri Besar Johor

Kunjungan hormat Pengerusi MCMC ke atas YAB Datuk Ir Hasni Bin Mohammad, Menteri Besar Johor di Pejabat Menteri Besar, Kota Iskandar, Johor.

Pertemuan tersebut mengeratkan lagi kerjasama strategik, khususnya berkaitan pembangunan infrastruktur sektor telekomunikasi di Negeri Johor.

Perbincangan juga berkisar mengenai sokongan kerajaan negeri, membantu memperkasa Negeri Johor seiring dengan pelaksanaan pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dalam tahun 2020-2022.
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow