Lawatan Kerja MCMC ke Kampung Petaseh, Jelebu, Negeri Sembilan

MCMC sentiasa prihatin dengan isu-isu berkaitan kesalinghubungan internet terutamanya di kawasan luar bandar dan giat melakukan usaha berterusan untuk merapatkan jurang digital di seluruh negara.

Pada 4 Mei 2022, pihak MCMC telah menerima aduan gangguan perkhidmatan komunikasi mudah alih di Kampung Petaseh, Jelebu, Negeri Sembilan. Oleh itu, pegawai MCMC dari Pejabat Negeri Sembilan telah melawat pengadu di lapangan dan mendapati gangguan perkhidmatan telekomunikasi adalah berpunca dari pokok tumbang.

Lantaran itu, pihak MCMC telah mengarahkan penyedia perkhidmatan untuk mengambil  tindakan segera dan perkhidmatan kembali pulih pada 6 Mei 2022.
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow