Lawatan Kerja Pengerusi MCMC ke Gerik

Lawatan kerja Pengerusi MCMC ke Gerik bertujuan untuk melihat sendiri keperluan untuk menambahbaik kemudahan telekomunikasi di kawasan Parlimen Gerik khususnya di perkampungan orang asli di sekitar Royal Belum, Perak. Seramai 1,715 masyarakat orang asli yang mendiami penempatan tersebut.

Melalui pelan JENDELA, masyarakat orang asli juga tidak terpinggir dalam usaha kerajaan untuk memastikan mereka turut menikmati kemudahan telekomunikasi yang lebih baik. Adalah menjadi harapan agar generasi muda masyarakat orang asli tidak terlepas daripada menerima kemajuan menerusi ledakan dunia digital hari ini.

Lawatan kerja tersebut turut disertai oleh YB Salbiah binti Mohamed, ADUN Temenggor, Pegawai Daerah Hulu Perak, Pengurus Besar Perbadanan Taman Negeri, pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), pegawai Tabung Hidupan Liar Sedunia (World Wildlife Fund - WWF Malaysia) dan Pasukan Bomba Perak.
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow