Lawatan Kerja YB Menteri Komunikasi dan Multimedia ke Pusat Internet Komuniti (PIK) Taman Sedia, Tanah Rata

Dalam lawatan kerja ke Cameron Highlands, Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi MCMC, YBrs. Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek telah mengadakan lawatan ke Pusat Internet Komuniti (PIK) Taman Sedia, Tanah Rata.

Pusat Internet Komuniti (PIK) yang akan diubahsuai menjadi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) berperanan untuk membantu usahawan setempat, terutamanya di luar bandar, bagi tujuan menambah pendapatan dan memperluaskan pasaran produk mereka. Melalui PIK Taman Setia, seorang usahawan telah berjaya memasarkan produknya, scone, kek dan pastry hingga ke luar kawasan Cameron Highlands, dan sekaligus berjaya meningkatkan pendapatannya daripada RM500 ke RM 3,000 sebulan. 

YB Menteri dan Pengerusi MCMC juga telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa lokasi perkampungan Orang Asli seperti Pos Telanok dan Felda Sungai Koyan bagi melihat sendiri perancangan pelan JENDELA dan sekaligus memaklumkan usaha penambahbaikan liputan perkhidmatan komunikasi di kawasan luar bandar bagi kemudahan masyarakat Orang Asli dan penduduk Cameron Highlands secara keseluruhannya di mana antara pelan perancangan adalah untuk menaik taraf menara sedia ada daripada liputan 2G/3G kepada liputan 4G. 
 
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow