Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Kedah

Pengerusi MCMC, YBr. Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek telah menyampaikan taklimat mengenai inisiatif JENDELA di Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Kedah yang telah dihadiri oleh semua Exco Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah.

Perbincangan juga menyentuh mengenai penarafan kesalinghubungan internet sebagai utiliti awam di negeri Kedah bagi membantu mempercepatkan pembinaan infrastruktur telekomunikasi untuk membolehkan rakyat menikmati kemudahan tersebut pada kadar segera.
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow