Pelancaran Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, telah menyampaikan Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia bagi membantu golongan pelajar memiliki peranti dan akses internet. Turut mengiringi Menteri semasa pelancaran adalah Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Mohammad Mentek dan Pengerusi MCMC, Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek.

Majlis pelancaran ini telah diadakan di bangunan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Putrajaya pada 14 Oktober 2021.
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow