Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 Peringkat Negeri Perak

Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 Peringkat Negeri Perak telah berlangsung dengan jayanya pada 3 hingga 5 April 2026 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Ipoh, dengan kehadiran seramai 303,222 pengunjung. Program ini menghimpunkan lebih 200 perkhidmatan agensi kerajaan dan rakan strategik bagi mendekatkan perkhidmatan kepada rakyat, selaras aspirasi komuniti MADANI. Ia dianjurkan oleh Pejabat Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebagai peneraju utama dan Kerajaan Negeri Perak sebagai tuan rumah.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah, serta pengurusan tertinggi MCMC termasuk Pengarah Urusan, Encik Abdul Karim Fakir Ali; Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri, Tuan Haji Bukhari Yahya; Ketua Bahagian NADI, Dr. Mohd Arif Adenan; Pengarah MCMC Negeri Perak, Encik Mohd Irwan Mohamed; Pengarah MCMC Pulau Pinang; Encik Mohd Fitri Hashim dan Pengarah MCMC Kedah, Encik Zairulnahar Zakaria.

Penglibatan MCMC merangkumi pameran, aktiviti kesedaran dan pemantauan liputan rangkaian. MCMC turut memastikan pengalaman internet yang lancar kepada pengunjung melalui kerjasama dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi.
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow