Projek Demonstrasi 5G Kes Kegunaan di Langkawi

Pada 19 Januari 2020, Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad melawat Projek Demonstrasi 5G Malaysia melibatkan kes kegunaan UMobile iaitu konsultasi jarak jauh dengan Medcom Mobile dan Digi iaitu Pindahan Data Perubatan dalam Masa Nyata untuk vertikal Penjagaan Kesihatan Digital di Hospital Sultanah Maliha.

Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad melawat pameran Projek Demonstrasi 5G Malaysia di  Pusat Kawalan 5G (5GCC), Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi, Kuah Langkawi melibatkan pertanian pintar, penyelesaian bandar pintar, pelancongan pintar yang dibangunkan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM), vertikal pendidikan eKelas oleh Maxis, vertikal bandar pintar Pemantauan Video Langsung 5G dan Penyelesaian 5G Bandar Pintar oleh Celcom di Balai Polis Kuah, IPD Langkawi pada 20 Januari 2020.

Turut hadir ialah YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Eddin Syazlee Shith, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia dan YBrs. Encik Al-Ishsal Ishak, Pengerusi MCMC.

 
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow