Ujian 4G dan 5G Sepanjang ETS KL–Segamat

MCMC telah melaksanakan ujian kelajuan dan kualiti liputan rangkaian 4G dan 5G sepanjang laluan Kereta Api Elektrik (ETS) dari KL Sentral ke Segamat, Johor, yang turut disertai oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil. Ujian ini melibatkan kerjasama strategik bersama penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih bagi menilai prestasi liputan secara masa nyata di sepanjang salah satu koridor pengangkutan utama negara.

Pelaksanaan ujian ini merentasi beberapa negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dengan pengukuran meliputi parameter teknikal seperti kelajuan muat turun dan muat naik, kestabilan sambungan serta kesinambungan liputan.

Dapatan awal menunjukkan liputan 5G kini mencapai 71% kawasan, namun beberapa lokasi tertentu dikenal pasti memerlukan penambahbaikan lanjut. Sehubungan itu, MCMC akan terus memperkukuh pemantauan dan bekerjasama rapat dengan pihak industri bagi memastikan jurang liputan dapat ditangani secara berkesan, seterusnya memenuhi keperluan rakyat terhadap perkhidmatan komunikasi yang mampan dan berdaya tahan.
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow