Pusat Media

1,500 penduduk tiga kampung di Kelantan nikmati liputan 4G - MCMC

08 Jun 2021, Bernama
KUALA LUMPUR, 6 Ogos --Kira-kira 1,500 penduduk Kampung Pangkal Meleret, Kampung Jakar dan Kampung Pangkal Mak Wan di Temangan, Kelantan kini boleh menikmati jaringan telekomunikasi yang lebih baik.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan memaklumkan ini berikutan tiga menara komunikasi baharu yang dibina di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) telah siap dan mula beroperasi sejak Jun lepas.
 
MCMC memberitahu kerja-kerja menaik taraf liputan kepada 4G di 23 stesen pemancar komunikasi sedia ada di Temangan juga sedang giat dilaksanakan.

"Terkini, 14 stesen pemancar telah siap dinaik taraf dan sembilan lagi stesen pemancar masih dalam proses naik taraf dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2022, " menurut kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, menurutnya Pusat Internet Komuniti (PIK) Temangan yang dibuka semula juga kini boleh dimanfaatkan oleh pelbagai pihak untuk menjalankan aktiviti seharian dan meningkatkan taraf hidup mereka seperti mengembangkan pasaran produk.
Kongsi artikel ini
Follow