Pusat Media

Axiata jangka penggabungan Celcom-Digi selesai pada separuh kedua 2022

27 Apr 2022, Bernama
KUALA LUMPUR - 27 April (BERNAMA) - Cadangan penggabungan antara Celcom Axiata Bhd dan Digi.com Bhd bagi membentuk entiti baharu dikenali sebagai MergeCo dijangka selesai pada separuh kedua 2022,  kata Axiata Group Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Axiata berkata penyempurnaan transaksi itu akan tertakluk kepada kelulusan kedua-dua syarikat dan pemegang saham Digi, kelulusan kawal sedia dan terma serta syarat lain.

Axiata dan Telenor Group pada 8 April 2021 mengumumkan, bahawa mereka sedang dalam perbincangan lanjutan untuk melaksanakan penggabungan operasi Celcom dan Digi. 

Pada 24 November 2021, Axiata turut mengumumkan bahawa MergeCo telah memulakan libat urus dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk proses penilaian penggabungan berhubung dengan cadangan penggabungan. 

"Lembaga pengarah kami juga mengumumkan bahawa Axiata telah dimaklumkan oleh Digi bahawa permohonan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk medapatkan kelulusannya bagi cadangan penggabungan telah dikemukakan ileh Digi pada 28 Januari 2022,"katanya.

-BERNAMA
Kongsi artikel ini
Follow