Pusat Media

Liputan 4G Malaysia cecah 95.52 peratus

22 Apr 2022, One News

Liputan 4G di negara ini meningkat kepada 95.52 peratus, bagi suku pertama tahun ini, di bawah Fasa 1 Inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Datuk Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, bagi tempoh sama kelajuan jalur lebar mudah alih mencatat 40.13 megabit sesaat, melepasi sasaran awal 35 megabit sesaat.

Bagi bilangan premis yang diluluskan dengan sambungan fiber, sebanyak 7.03 juta premis telah menggunakan jalur lebar.

Kemajuan suku pertama ini menunjukkan pencapaian kerjasama kukuh antara pengendali, SKMM serta agensi berkaitan untuk memperluas liputan dan mengukuhkan kualiti pengalaman jalur lebar rakyat.

Seramai 1.815 juta pengguna telah beralih dari 3G kepada 4G, mewakili 86.6 peratus berbanding jumlah keseluruhan pelanggan 3G sebanyak 2.097 juta.

Kongsi artikel ini
Follow