Pusat Media

MCMC bangunkan emoji khas di Twitter, semarakkan Hari Kebangsaan

27 Ogo 2021, Bernama

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama pihak Twitter Inc. telah menghasilkan emoji khas di Twitter yang boleh digunakan dalam menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak lama lagi.

MCMC dalam kenyataan hari ini menyatakan langkah berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif Malaysia Prihatin bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.

“Emoji khas yang dibangunkan secara percuma itu boleh digunakan sebagai satu daripada cara untuk menzahirkan perasaan dan semangat cinta kepada negara.

“Susulan itu, emoji tersebut sesuai digunakan dengan tanda pagar (hashtag) yang dipersetujui iaitu #MalaysiaPrihatin, #MalaysiaMerdeka, #MenangBersama dan #HariMalaysia,” kata kenyataan itu.

Jangka masa penggunaan emoji tersebut bermula 31 Ogos hingga 16 Sept depan.

Sehubungan itu, MCMC turut menggalakkan para pengguna Twitter untuk tampil menggunakan emoji yang dibangunkan bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.

Kongsi artikel ini
Follow