Pusat Media

MCMC Adakan Siasatan Awam Untuk Kaji Semula Standard Mandatori Pancaran Medan Elektromagnet (Cont')

19 Jul 2021
MCMC ADAKAN SIASATAN AWAM UNTUK KAJI SEMULA STANDARD MANDATORI PANCARAN MEDAN ELEKTROMAGNET (EMF) DARI INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI RADIO – PENENTUAN NO 1. TAHUN 2010 DARI 19 JULAI SEHINGGA 17 SEPTEMBER 2021

CYBERJAYA, 19 Julai 2021 --- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengadakan satu Siasatan Awam di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 untuk mengkaji semula Standard Mandatori untuk Pancaran Medan Elektromagnet (EMF) dari Infrastruktur Komunikasi Radio - Penentuan No. 1 tahun 2010 (MS untuk EMF) bermula dari 19 Julai ini sehingga 17 September depan.

Kajian semula ke atas Standard Mandatori untuk EMF ini adalah penting sejajar dengan kemajuan teknologi komunikasi seperti 5G selain memberi jaminan kepada orang awam bahawa pancaran frekuensi radio EMF dari infrastruktur komunikasi radio di dalam negara adalah selamat serta dikawal selia secara berkesan dan efisien.

Semakan semula ini antara lain akan meliputi proses kemas kini mengenai had pendedahan EMF berpandukan kepada International Commission on Non-Ionising Radiation Protection (ICNIRP) Guidelines terkini yang diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Sehubungan itu, MCMC ingin menjemput orang awam untuk terlibat sama dalam Siasatan Awam ini dengan melakukan penyerahan secara bertulis.

Penyerahan secara bertulis, dalam salinan hardcopy dan elektronik perlulah diserahkan kepada pihak Suruhanjaya selewatlewatnya menjelang pukul 12.00 tengah hari, 17 September 2021 dan dialamatkan kepada:

Malaysian Communications and Multimedia Commission
MCMC Tower 1,
Jalan Impact, Cyber 6
63000 Cyberjaya Selangor Darul Ehsan
Perhatian: Jabatan Pembangunan Teknologi
E-mel : [email protected] Faksimili: +603 8688 1000


Semua penyerahan bertulis yang dihantar dalam tempoh Siasatan Awam akan diberi pertimbangan sewajarnya oleh MCMC dan laporan berkenaan harus diterbitkan dalam tempoh 30 hari selepas berakhirnya Siasatan Awam berkenaan.

Dokumen Siasatan Awam tersebut boleh dilayari di pautan: https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/PI_Mandatory_Standards_EMF-2021.pdf

PDF
Kongsi artikel ini
Follow