Selaras dengan Seksyen 5(2) ONSA, Jawatankuasa terdiri daripada wakil daripada kementerian berkaitan, agensi penguatkuasaan, industri dan pihak berkepentingan komuniti. Ahli-ahlinya termasuk:
-
seorang Pengerusi dan Timbalan Pengerusi;
-
seorang wakil daripada Kementerian yang dipertanggungjawabkan dengan hal ehwal komunikasi;
-
seorang wakil daripada Kementerian yang dipertanggungjawabkan dengan hal ehwal dalam negeri;
-
seorang wakil daripada Kementerian yang dipertanggungjawabkan dengan perkara berkaitan digital;
-
seorang wakil daripada Kementerian yang dipertanggungjawabkan dengan hal ehwal pendidikan;
-
seorang wakil daripada Kementerian yang dipertanggungjawabkan dengan hal ehwal wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat;
-
seorang wakil daripada Polis Diraja Malaysia;
-
seorang wakil daripada Majlis Keselamatan Negara;
-
Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak atau wakilnya daripada kalangan Pesuruhjaya Kanak-Kanak;
-
seorang wakil masing-masing daripada kalangan penyedia perkhidmatan aplikasi berlesen, penyedia perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen, dan penyedia perkhidmatan rangkaian berlesen;
-
seorang wakil daripada kalangan orang kurang upaya; dan
-
tidak lebih daripada lima orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan atau kepakaran yang bersesuaian dalam perkara berkaitan keselamatan dalam talian.
Struktur pelbagai pihak berkepentingan ini memastikan pembangunan dasar keselamatan dalam talian mendapat manfaat daripada pelbagai perspektif dan kepakaran.