Follow


Kawal Selia & Perundangan









Kerangka perundangan dalam mengawal selia keselamatan dalam talian merangkumi Akta utama itu sendiri iaitu Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 [Akta 866] (“ONSA”), yang diperincikan serta dilengkapi melalui perundangan subsidiari yang dibuat menurut Akta tersebut.

ONSA juga memperuntukkan pengeluaran instrumen berkanun seperti arahan dan arahan bertulis oleh Suruhanjaya, yang penting bagi mengoperasionalkan Akta tersebut.

Pihak-pihak yang tertakluk kepada ONSA ialah penyedia perkhidmatan aplikasi yang berkaitan (“ASP”), penyedia perkhidmatan aplikasi kandungan (“CASP”) dan penyedia perkhidmatan rangkaian (“NSP”) yang dilesenkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] (“CMA 1998”).