Muat Turun

Security, Trust & Governance

Maklumat Kesedaran Keselamatan 
Keperluan membentuk sikap positif ke arah keselamatan 

Masyarakat moden dalam negara membangun dan berasaskan perindustrian, berkongsi kelebihan bersama dan teknologi baru. Kehadiran transaksi elektronik dan aktiviti dalam talian telah melahirkan sebuah dunia yang dikaitkan dengan satu rangkaian maklumat di mana kedua-duanya menguntungkan dan memudaratkan. Dengan interconnectivity sedemikian, kelemahan dan bahaya ancaman bagi rangkaian datangnya dari penjenayah, pengganas dan negara asing yang saling bermusuhan. Ancaman-ancaman ini berkemungkinan ingin mencuri wang atau data hakmilik, menyerang rekod-rekod peribadi, menjalankan perisikan perindustrian, menyebabkan satu infrastruktur penting berhenti operasi, atau menceburi peperangan maklumat. Banyak institusi-institusi mewakili Critical National Infrastructure (CNI) seperti industri perbankan, industri pengangkutan, industri tenaga dan memerlukan satu sistem keselamatan yang menjamin transaksi dan aktiviti dalam talian, dilindungi atau sekurang-kurangnya sentiasa dilaporkan berlakunya serangan.

Keselamatan maklumat adalah tentang mengurus ancaman, sama ada secara kecil-kecilan seperti perlindungan terhadap penghantar spam dan penafian serangan cecacing dan virus secara global serta sebarang keganasan siber. 

Perisian keselamatan juga dijual secara runcit untuk sistem rangkaian maklumat , terdapat juga badan-badan kerajaan dari seluruh dunia yang ditubuhkan dengan satu matlamat untuk memastikan yang CNIs dilindungi dan bersedia menghadapi serangan-serangan di alam maya.

Pusat-pusat ini, atau istilah popular : "Infosec Centres", dikawal untuk mengenal pasti dan mencari cara-cara melumpuhkan ancaman saperti itu dimana saja di dunia.

Pada masa sekarang, aktiviti-aktiviti CERT Malaysia dilaksanakan oleh NISER, sebuah organisasi yang berkembang daripada Malaysian Computer Emergency Response Team (MyCERT) pada Mac 1997. NISER telah dibentuk oleh National Information and Communication Technology Council (NITC) untuk menangani isu keselamatan ICT dan melindungi kedua-dua langkah secara proaktif dan reaktif. NISER menyediakan pendapat pakar untuk perkara tersebut. 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memainkan peranan dalam melaksanakan keselamatan rangkaian maklumat. Ia memberi kuasa untuk "memastikan keselamatan maklumat dan rangkaian selamat dan boleh dipercayai". 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengendalikan program kesedaran peringkat akar umbi untuk menggalakkan pemahaman dan pelaksanaan langkah-langkah keselamatan, baik untuk pengguna dan penyedia perkhidmatan komunikasi dan multimedia. Pendekatan holistik adalah terbaik di mana teknologi boleh melangkah jauh ke arah keselamatan maklumat, dan menyemai sikap positif. 
 

Global worms and viruses
OGO 04, 2012
Protection against spammers
OGO 04, 2012
Counter eCrime Conference (CeCos II)
OGO 04, 2012
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow