Sektor

National Broadband Initiative

Strategi Pelaksanaan Jalur Lebar Negara atau dikenali sebagai Pelan Jalur Lebar Negara (NBI) adalah strategi yang dapat mengembangkan penggunaan jalur lebar ke seluruh Negara. Pada tahun 2007, kerajaan Malaysia telah menetapkan sasaran jalur lebar  dimana untuk mencapai 50 peratus kadar penembusan jalur lebar bagi setiap isi rumah pada penghujung tahun 2010.

Atas tujuan itu, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan 5 inisiatif pada 24 Mac 2010.

  1. Pusat Internet Rakyat and Pusat Mini Komuniti Jalur Lebar 
  2. Inisiatif 1 Juta Netbook untuk dieadarkan kepada pelajar dari keluarga miskin diseluruh negara
  3. Menubuhkan E-Kiosks
  4. Pusat Jalur Lebar Komuniti ke rumah
  5. Peluasan liputan selular

Kandungan berkaitan

Pelaksanaan

Satu strategi telah dikenal pasti merangkumi kedua dua aspek penawaran dan permintaan jalur lebar.

Dari aspek penawaran, kemudahan dan perkhidmatan jalur lebar akan dilaksanakan ke seluruh negara. Penghantaran perkhidmatan adalah melalui penyambungan dengan wayar dan tanpa wayar. Namun begitu, kewujudan jalur lebar dan liputan khidmat telefon mudah-alih akan diperluaskan di bawah inisiatif Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP).

Untuk kawasan impak ekonomi tinggi, perkhidmatan jalur lebar semasa akan dipertingkatkan lebih daripada 10 Mbps. Kerajaan telah menandatangani  Perjanjian Perkongsian Awam Swasta bersama Telekom Malaysia Berhad (TM) untuk membekalkan kemudahan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi di kawasan tertentu. Projek ini dinamakan Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi.

Berdasarkan pemahaman dimana penawaran tunggal tidak mencukupi, satu strategi yang berkesan telah dilaksanakan untuk  menggalakkan permintaan  dimana penekanan terhadap kesedaran, daya tarikan dan tahap mampu-milik.

Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran adalah melalui kesinambungan penglibatan kerajaan dan sektor swasta di dalam program kesedaran dan inisiatif kapasiti pembangunan. Dalam peringkat untuk meningkatkan daya tarikan terhadap kandungan talian, usaha lebih menumpukan untuk mengukuhkan and mempromosi e-Kerajaan, e-Pendidikan dan e-Perbankan.

Usaha juga dijalankan untuk menukarkan sumber informasi secara tradisional kepada digital seperti perpustakaan, Arkib dan lain-lain secara dalam talian. 

Pelbagai insentif untuk mengurangkan kos capaian jalur lebar  dan meluaskan capaian komuniti sedang dipertingkatkan untuk merapatkan jurang digital.

Kebaikan

  • Pelaksanaan jalur lebar akan mewujudkan kesan yang ketara kepada sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Berdasarkan kepada statistik pada tahun 2008, industri komunikasi dan multimedia menyumbang 6.1 peratus dalam penggal perolehan KDNK Negara.
  • Penggunaan jalur lebar akan meningkatkan daya saing Negara dan menarik Pelaburan Langsung Asing atau "Federal Direct Investment" (FDI) ke dalam negara.
  • Jalur lebar adalah salah satu pemboleh kearah ekonomi berasakan pengetahuan dan akan mewujudkan 135,000 pekerjaan berpendapatan tinggi dalam sektor ICT. 
  • Pelaksanaan perkhidmatan jalur lebar akan menghasilkan keluaran sampingan di sektor lain seperti kejuruteraan, pembangunan kandungan tempatan dan penyiaran.
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow